Cara Pilih Mesin Isi Cecair, Sos & Pes
FODIPAX (Waffiy Packaging) · 21 Nov 2026
Mesin isi cecair dipilih berdasarkan kepekatan produk dan jenis bekas. Sos cili berbiji, kicap cair dan madu pekat memerlukan cara isian yang berbeza.
1. Kenal kepekatan produk
- Cair (air, jus, kicap, cuka): pengisi graviti atau pam — laju dan mudah.
- Separa pekat (sos cili, sos tomato, minyak): pengisi piston — tepat dan stabil.
- Pekat / berbiji (pes, sambal, madu, jem): piston dengan injap khas atau pam rotor, kadang-kadang corong berpemanas atau pengacau.
2. Tentukan bekas
- Botol / balang: mesin isi botol + mesin penutup (capping) + label.
- Sachet atau pouch (sos sachet, pes): mesin pembungkus cecair VFFS atau doypack dengan pam.
- Baldi / jerrycan: pengisi isipadu besar atau berasaskan berat.
3. Tahap automasi
- Meja / separa automatik: pengisi piston satu atau dua muncung, operator letak botol. Sesuai IKS.
- Barisan automatik: konveyor + pengisi berbilang muncung + penutup + label + pencetak tarikh.
4. Kebersihan
Pilih bahagian bersentuhan produk daripada keluli tahan karat dan mudah dibuka untuk dicuci — penting untuk produk sos dan pes yang mudah rosak.
Hantar maklumat produk, saiz bekas dan sasaran pengeluaran kepada FODIPAX untuk cadangan mesin dan sebut harga bertulis.
Soalan lazim
Mesin apa untuk isi sos cili ke botol?
Pengisi piston (separa automatik atau automatik) sesuai untuk sos separa pekat, digandingkan dengan mesin penutup dan label.
Boleh isi sambal berbiji?
Boleh dengan pengisi piston berinjap khas atau pam yang sesuai untuk produk berbiji.
Mesin untuk sos dalam sachet?
Mesin pembungkus cecair VFFS atau doypack dengan pam, bergantung pada jenis pek.
Kategori berkaitan: Cecair & Sos · Pengisian Botol · Penutup & Pengendali Botol











